Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sifar penglibatan pemandu bas ekspres dengan penyalahgunaan dadah terutama pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib berkata berdasarkan rekod, penglibatan pemandu bas dengan penyalahgunaan dadah menunjukkan trend penurunan sejak lima tahun lepas.
Menurutnya, seramai 3,227 pemandu bas menjalani ujian saringan urin pada operasi bersepadu sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu dan hanya 15 orang daripadanya positif dadah.
“Kami harap tahun ini kami akan dapat mencapai matlamat untuk mengurangkan atau sifar pemandu yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.
“Kemalangan yang berpunca daripada pemandu bas di bawah pengaruh dadah ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penumpang tetapi juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Izhar berkata dadah jenis methamphetamine seperti syabu sering menjadi pilihan kerana kesan penggunaannya yang dapat meningkatkan tenaga selain mudah didapati dengan harga berpatutan.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan pemandu bas terbabit dengan dadah ialah persekitaran pekerjaan, pengaruh rakan sekerja yang menagih, tekanan kerja dan sejarah penagihan lampau.
“Walaupun mereka menggunakan alasan sekadar mahu menambahkan tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk agar dapat mengejar perjalanan bas yang berganda tetapi amalan itu merupakan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata AADK menjalankan operasi bersepadu setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan seminggu sebelum sambutan Aidilfitri di lebih 30 hentian bas utama di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019
Dadah jenis methamphetamine seperti syabu sering menjadi pilihan kerana kesan penggunaannya yang dapat meningkatkan tenaga. - Gambar hiasan
Tesla perkenal teksi robot dipandu sendiri sepenuhnya
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk memperkenalkan "Cybercab", sebuah teksi robot berautonomi sepenuhnya yang direka tanpa stereng atau pedal minyak, dengan pengeluaran dijadualkan bermula sebelum 2027.
2 orang maut, lebih 30 dibawa ke hospital akibat hidu gas
Sekurang-kurangnya dua pekerja maut, lebih 30 orang dibawa ke hospital akibat terhidu gas hidrogen sulfida yang bocor di sebuah kilang penapisan minyak di Houston, Amerika Syarikat pada khamis.
Organisasi Jepun, Nihon Hidankyo pemenang Nobel Keamanan 2024
Usaha kumpulan itu berjaya memaparkan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak patut digunakan lagi melalui testimoni, kisah atau pengalaman mangsa yang terselamat.
Seorang maut,lebih 12 orang terperangkap dalam lif diselamatkan
Seorang maut manakala 12 orang yang terperangkap di bawah tanah sedalam 300 meter selama 6 jam pada Khamis di kawasan bekas lombong emas Mollie Kathleen, Colorado, Amerika Syarikat (AS) telah diselamatkan.
Pemilik suara doraemon, Nobuyo Oyama tutup usia
Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
PM gesa Timor-Leste dimasukkan dalam ASEAN
Timor-Leste perlu dimasukkan sebagai anggota penuh dalam blok ASEAN bagi memperluaskan dan mengembangkan ekonomi serantau.
ASEAN-China setuju selesai konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik
Kedua-dua ASEAN dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.
Enggan terima memorandum, MAPIM kecam sikap Kedutaan AS
Tindakan kali ini menunjukkan Amerika Syarikat sudah ‘kecut dan terdesak’, tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan pihak yang menentang kezaliman rejim Zionis.
[TERKINI] Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB Jamin keselamatan anggota UNIFIL
Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) susulan serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat pasukan itu di Naquora, Lubnan pada 10 Oktober.
Pelajar Tingkat 4 hilang ditemui selamat
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17, Subang Jaya pada Khamis sudah ditemui.
Anjung Komuniti jadi hab aktiviti di kawasan berisiko tinggi - AADK
Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan Anjung Komuniti di kawasan berisiko tinggi (KBT) harus dijadikan contoh.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.
Komuniti MADANI berperanan jadi perantara kerajaan dan rakyat
Komuniti MADANI berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Keluarga tempat rujukan utama klien - AADK
Ini kerana keluarga adalah tempat rujukan utama klien dalam mendapatkan kepulihan sepanjang hayat.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Julai 2024.
Penyalahgunaan ketum dan undang-undang
AADK ingin menekankan penyalahgunaan ketum atau bahan psikoaktif mitragynine memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria (khayal) yang boleh menyebabkan ketagihan.
AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.