awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK sedia beri kerjasama kepada EAIC, tiada kompromi petugas langgar integriti

Bernama
Bernama
10/06/2025
13:51 MYT
AADK sedia beri kerjasama kepada EAIC, tiada kompromi petugas langgar integriti
Ruslin menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana petugas jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana petugas yang terlibat dalam isu salah laku dan pelanggaran integriti.
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana petugas jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.
"AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi khususnya yang melibatkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan kakitangan AADK," katanya.
Sehubungan dengan itu, Ruslin berkata semua petugas AADK diingatkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).
Terdahulu, EAIC dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan pihaknya telah menerima aduan terhadap AADK Negeri Sembilan berhubung dakwaan berkaitan tindakan melepaskan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa operasi serbuan di Kampung Felda LBJ, Labu pada 8 Mac 2023.
Susulan itu, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
Hasil siasatan EAIC mendedahkan beberapa pegawai AADK Negeri Sembilan gagal mematuhi SOP, termasuk melepaskan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa operasi itu dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#EAIC
#salah laku petugas
#integriti
#Ruslin Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan