Skip to main content

Teknologi

Anthropic bincang kerjasama dengan Samsung bangunkan cip AI sendiri

81770359728_Anthropic.jpg
Anthropic kini mengikut jejak langkah pesaingnya, OpenAI, yang baru-baru ini memperkenalkan cip inferens tersendiri, Jalapeño, yang dibangunkan dengan kerjasama Broadcom. -Foto Amanz
Advertisement

FIRMA kecerdasan buatan (AI), Anthropic, dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Samsung Electronics bagi membangunkan cip AI tersendiri dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap cip keluaran Nvidia.

Laporan Amanz yang memetik portal berita teknologi The Information itu menunjukkan Anthropic kini mengikut jejak langkah pesaingnya, OpenAI, yang baru-baru ini memperkenalkan cip inferens tersendiri, Jalapeño, yang dibangunkan dengan kerjasama Broadcom.

Walaupun spesifikasi dan tujuan penggunaan cip berkenaan masih belum didedahkan, pembangunan cip tersendiri dilihat mampu membantu Anthropic mengawal kos infrastruktur serta mengurangkan pergantungan kepada pembekal cip pihak ketiga.

Laporan itu turut menyebut bahawa perbincangan dengan Samsung masih di peringkat awal dan Anthropic belum memuktamadkan reka bentuk atau keupayaan cip tersebut.

Bagi Samsung, potensi kerjasama itu boleh menjadi pemangkin kepada perniagaan faundri cipnya yang sedang berusaha mengecilkan jurang dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) dalam pasaran pembuatan cip global.

Gergasi teknologi Korea Selatan itu sebelum ini mengukuhkan kedudukannya menerusi kontrak bernilai 22.76 trilion won dengan Tesla bagi membekalkan cip Sistem Swapandu Penuh (FSD) sehingga 2033.

 

Must Watch Video

Advertisement