Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dirawat di Unit Penjagaan Jantung (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, akibat serangan jantung pada Ahad lalu, sudah sedarkan diri selepas dilaporkan stabil sejak Jumaat.
Perkara itu dikongsikan anak perempuan Mohd Shukri di Facebook, menerusi akaun Masyitah Shukri, yang memaklumkan perkembangan terkini bapanya sejak dirawat di wad berkenaan pada Selasa lalu.
"Ramai yang tertanya-tanya setiap hari (keadaan) Abah macamana, sudah sedar atau belum? Selalu jawapan saya tetap sama. Abah stabil, belum sedar lagi.
"Tetapi hari ini, Alhamdulillah berkat doa semua yang tidak putus-putus mendoakan Abah, Abah dah sedar. Abah buka mata dan orang pertama dia pusing cari adalah Mama.
"Mama ada dengan Abah, tengah sembang-sembang dengan Abah masa itu," katanya menerusi hantaran itu lewat malam tadi.
BACA: Pesuruhjaya Pas Perlis mula tunjukkan reaksi positif
Namun Masyitah terus meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya yang mengalami demam meskipun Mohd Shukri sudah sedar dan stabil dari fasa kritikal sejak Ahad lalu.
"Awal pagi tadi (semalam) abah demam. Suhu 37.9 darjah Celsius dan jururawat letak kain basah atas dada dan dahi Abah untuk turunkan suhu.
"Masa Abah buka mata tadi, suhu Abah dah turun sikit 37.5 darjah Celsius. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat atas berkat doa semua di hari Jumaat yang mulia.
"Teruskan doa kita semua untuk Abah. Semoga esok ada sinar terus memancar. InsyaAllah," katanya.
BACA: Pesuruhjaya Pas Perlis rebah ketika sampaikan ceramah
Dalam kejadian pada Ahad minggu lalu, Mohd Shukri sebagai penceramah pertama sedang memperkenalkan nama-nama penceramah lain, sebelum dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
Kejadian berlaku ketika Mohd Shukri baru memulakan ucapan dalam Majlis Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri di Dewan 2020, pada 10.10 malam.
Berikutan itu, Mohd Shukri diberikan bantuan pernafasan oleh Unit Medik Jabatan Amal Malaysia sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Salim Aziz
Sat Oct 05 2019

Masyitah terus meminta orang ramai mendoakan kesihatan Mohd Shukri (gambar) yang mengalami demam meskipun bapanya itu sudah sedar dan stabil dari fasa kritikal sejak Ahad lalu.

AWANI Pagi: Selepas hujan pasti ada pelangi, ikuti perkongsian saranan Naim, Aina
Tahun 2021 adalah tahun untuk meneruskan kekuatan dalam mendepani cabaran susulan pandemik COVID-19. Ikuti perkongsian oleh penyanyi muda, Naim Daniel dan Aina Abdul.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Bursa Malaysia pulih dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

NEKMAT | NEKMAT sedia khidmat hantar, tawar harga murah
Wartawan Astro AWANI, Fauzi Suhaimi yang kini berada di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Taman Wahyu, Kuala Lumpur ada butirannya.

#AWANIJr: Bingkisan Titipan Bonda
Video ini memaparkan satu amanat terakhir daripada mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMA Marang. Mari kita dengar amanat yang terakhir daripada Puan Khatijah Mohammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMA Marang yang telah berkhidmat seorang guru selama 32 tahun. Beliau berkhidmat di SMA Marang selama 8 tahun dan menamatkan perkhidmatan seorang guru pada tahun 2020. Bersama pengacara Awani JR iaitu Hadieja Sofea Saidin, 14 dan Muhammad Fadhlin Adzim Abdul Jamal, 17. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal, Pahang menurun
Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak, sebelum keadaan mula reda pada Jumaat.

PERMAI | Moratorium, pinjaman & i-Sinar
Kita bersama Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi perincian serta pandangan beliau.

PERMAI | Pakej Bantuan PERMAI talian hayat rakyat
Untuk mengulas lanjut bersama ditalian ketika ini Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia.

AWANI Pagi: PKP2.0 tidak menghalang Aina, Naim lancar lagu dan album baharu
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak menghentikan semangat dan peracangan artis muda untuk terus memberikan hiburan kepada orang ramai. Bagi penyanyi muda popular Aina Abdul dan Naim Daniel, mereka masing-masing akan melancarkan single dan album tidak lama lagi.

Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka
Jumlah mangsa banjir di 10 daerah terjejas di Sabah menunjukkan peningkatkan kepada 895 setakat pagi Selasa.

Pelakon Shahriza Mahmud kritikal akibat demam panas
Shahriza dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada tengah malam Ahad selepas didapati meracau selain suhu badannya terlalu tinggi.

Kes jangkitan influenza babitkan kanak-kanak tinggi pada hujung dan awal tahun
Kegagalan dapatkan rawatan akan beri risiko terkena sawan demam, komplikasi paru-paru malah kegagalan fungsi organ

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh positif COVID-19
Setakat ini punca jangkitan pegawai berkenaan masih belum diketahui.

2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas.

Jepun kesan virus demam babi Afrika dalam sosej dari Filipina
Ujian tersebut telah dijalankan oleh Perkhidmatan Kuarantin Haiwan (AQS), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun.

COVID-19: Penolong jurulatih Milan bawa perkhabaran buruk menjelang 'derby'
Bekas pertahanan tengah Rossoneri itu disahkan positif selepas mengadu tidak sihat.

Kurung diri kembali di rumah jika tiada urusan penting di luar
Masih ada yang melakukan pelanggaran undang-undang walaupun telah diingatkan berkali-kali oleh pihak berwajib tentang pentingnya mengikut garis panduan sedia ada.

Denggi: 2,119 kes, enam kematian di Melaka sehingga 26 Sept
Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Niat jemur bayi elak 'demam kuning', sudahnya tangan putus digigit anjing
Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang, Melaka.