awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Jo umum Pakej Rangsangan Ekonomi Sarawak Isnin ini

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2020
07:11 MYT
Abang Jo umum Pakej Rangsangan Ekonomi Sarawak Isnin ini
Abang Johari bersama Uggah dan Masing dalam sidang media pasca Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Negeri Sarawak bakal mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Sarawak.
Inisiatif ini bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.
Tanpa menjelaskan perinciannya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif ini akan diumumkan pada Isnin ini.
“Akan diumumkan pada Isnin ini. Kita namakan sebagai Pakej Bantuan Ekonomi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pakej bantuan itu juga turut melibatkan bantuan bagi peniaga kecil yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Abang Johari turut memberi jaminan bekalan keperluan seperti makanan, topeng penutup mulut dan hidung serta cecair pencuci tangan mencukupi untuk semua.
Malah kerajaan negeri akan cuba mendapatkan import topeng penutup mulut dan hidung ke Sarawak.
"Ada topeng penutup mulut dan hidung dihantar oleh kerajaan China. Sekarang masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Apa yang kerajaan negeri sedang buat sekarang adalah untuk mendapatkan topeng penutup mulut dan hidung terus ke Kuching dari China,” katanya.
Terdahulu Abang Johari mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri.
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing.
Topic Berkaitan
#Abang Johari
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#ekonomi
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Kuching
#pakej rangsangan ekonomi
#peniaga
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan