awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang maut dibelasah adik dalam pertengkaran

Bernama
Bernama
02/12/2012
06:49 MYT
Abang maut dibelasah adik dalam pertengkaran
Seorang remaja maut selepas dibelasah oleh adik kandungnya dalam satu pertengkaran di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 17, mati akibat mengalami kecederaan dalaman di kepala di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Difahamkan pertengkaran berlaku apabila suspek, 15, yang baru pulang ke rumah dikatakan mengusik adik perempuan mereka yang berusia enam tahun.
Mangsa yang sedang berbaring di atas sofa dikatakan tiba-tiba bangun dan terus menendang suspek. Marah dengan tindakan abangnya, suspek kemudian bertindak menumbuk bahagian kepada abangnya berkali-kali sehingga rebah di atas lantai.
Mangsa, anak sulung daripada tiga beradik itu baru sahaja selesa imenduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Isnin lalu.
Menurut jurucakap polis, ibu mereka cuba meleraikan pergaduhan antara dua beradik itu namun gagal dan juga meminta jiran untuk membawa mangsa ke HPP.
"Polis sudah menahan suspek di kediaman mereka bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Topic Berkaitan
#Abang maut dibelasah adik dalam pertengkaran
#Hospital Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan