Skip to main content

Malaysia

'Abang Minyak Hitam Jalanan' dan Dicky diiktiraf Sahabat Perpaduan MADANI

Yuneswaran Ramaraj
Terdahulu, kisah mereka menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia selepas interaksi antara kedua individu itu dalam sebuah video menyentuh hati penonton.

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dikenali dengan nama 'Minyak Hitam Jalanan' dan Dicky yang tular baru-baru ini, diberi pengiktirafan khas Sahabat Perpaduan MADANI oleh Kementeri Perpaduan Negara.

Pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan dan semangat perpaduan yang ditunjukkan kepada masyarakat.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Facebook, Yuneswaran berkata tindakan individu 'Minyak Hitam Jalanan' atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohd Noor yang membantu Dicky apabila beliau berhadapan dengan situasi kerosakan motosikal tanpa mengharapkan sebarang balasan merupakan perpaduan yang sebenar.

"Inilah perpaduan yang sebenar, bukan sekadar slogan, tetapi hidup dalam tindakan kecil manusia seperti mereka," kata Yuneswaran dalam hantaran itu.

Katanya, tindakan itu juga membuktikan kebaikan masih hidup dalam masyarakat Malaysia.

"Semoga apa yang mereka tunjukkan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus percaya pada kebaikan, dan terus jaga perpaduan," ujar Yuneswaran lagi.

Sepanjang minggu lalu, kisah mereka menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia selepas interaksi antara kedua individu itu dalam sebuah video menyentuh hati penonton.

Ini apabila Dicky yang berhadapan dengan kesulitan apabila motosikalnya rosak, ingin membayaran perkhidmatan yang diberikan Mohd Yusof selepas beliau berjaya membaiki motosikal Dicky.

Namun, selepas Mohd Yusof melihat jumlah simpanan dalam akaun e-dompet Dicky dan mendapati ia tidak begitu besar, beliau kemudian memberikan perkhidmatan itu secara percuma.

Must Watch Video