awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang parah, adik cedera diserang buaya

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2023
13:49 MYT
Abang parah, adik cedera diserang buaya
Mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, badan dan tangan akibat serangan buaya itu. - Gambar hiasan
PITAS: Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 53 tahun parah di seluruh anggota badan manakala adiknya berusia 51 tahun cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, laporan berhubung kejadian itu dilakukan oleh pengadu yang juga isteri kepada salah seorang mangsa.
Katanya, pengadu menyatakan pada hari yang sama, suami dan abang iparnya telah diserang buaya sehingga menyebabkan kecederaan.
"Siasatan mendapati suami dan abang iparnya turun ke sungai yang berhampiran kediaman mereka untuk memasang pam air di sungai berkenaan.
"Ketika mereka turun membetulkan paip di dalam sungai, tanpa disedari seekor buaya sepanjang kira-kira 2.4 meter datang menyerang dengan mengigit bahagian kaki salah seorang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan kejadian itu, mangsa bertindak menyelamatkan abangnya, namun turut digigit haiwan berkenaan.
"Pengadu yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tebing sungai sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Zairolnizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, badan dan tangan.
"Mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas namun dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).
"Adiknya pula cedera ringan di bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pitas
#serangan buaya
#abang parah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan