awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2023
02:15 MYT
Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Abdul Hadi (tengah) bersama Muhammad Khalil meluangkan masa menziarahi Ustaz Azhar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu sejak Selasa lalu. - Foto Facebook Muhammad Khalil
KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melawat penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat masalah kesihatan.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook anaknya, Muhammad Khalil pada malam Sabtu.
Pemimpin itu meluangkan masa melawat Ustaz Azhar yang dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
"Mendengar perkhabaran Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital, saya bersama ayahanda hadir ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menziarahi beliau.
"Nampak Ustaz Azhar sangat bersemangat untuk kembali berkuliah dan meneruskan dakwah. Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan," katanya menerusi hantaran tersebut.
Sebelum ini, perkembangan mengenai penceramah bebas itu yang dilaporkan dimasukkan ke hospital dikongsikan beberapa pemimpin di Terengganu serta turut tular di media sosial.
Menurut Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu selepas mengadu kurang sihat.
Wan Sukairi berkata, tahap kesihatan Ustaz Azhar Idrus bertambah baik selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib penceramah itu yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung pada Rabu terpaksa ditangguhkan pada waktu lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ustaz Azhar Idrus
#Abdul Hadi Awang
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#Ustaz Azhar Idrus masuk hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan