KUALA LUMPUR: WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
WWF, dalam kenyataan hari ini berkata Pengerusi Bursa Malaysia Berhad itu mengambil alih jawatan dari Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang tamat perkhidmatan selama lapan tahun hari ini dan baginda kini memegang jawatan sebagai Presiden.
Sambil menzahirkan penghargaan atas tanggungjawab yang diamanahkan itu, Abdul Wahid berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tunku Ali Redhauddin
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Ali Redhauddin atas sumbangan besar baginda sebagai Pengerusi. Saya juga teruja dengan peluang dan cabaran yang bakal dihadapi WWF-Malaysia sebagai organisasi pemuliharaan gabungan antarabangsa terkemuka di negara ini," katanya dipetik dalam kenyataan itu.
Bersama Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan, pertubuhan bukan kerajaan itu memaklumkan bahawa Tunku Ali Redhauddin dalam pada itu akan membantu memastikan organisasi itu terus bergerak dengan berorientasikan misi dan hasil.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah WWF Antarabangsa Marco Lambertini mengucapkan tahniah kepada kedua-dua tokoh itu atas pelantikan tersebut sambil merakamkan penghargaan kepada Tunku Ali Redhauddin atas dedikasi dan khidmat bakti baginda kepada organisasi itu sejak lapan tahun lepas.
"Rangkaian WWF berbesar hati dalam mengalu-alukan kedua-dua pemimpin berkebolehan ini bagi melaksanakan peranan baharu masing-masing.
"Malaysia, yang memiliki khazanah warisan semula jadi yang begitu banyak dan kelebihan geopolitiknya merupakan negara keutamaan WWF dan saya gembira untuk meneruskan hubungan kerja positif kami demi manfaat rakyat dan bumi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini. - WWF Malaysia

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981883/thumbnails/21620388001660050596167_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: RUU lulus, wakil rakyat menang PRU15 tak boleh lompat parti PAC pertahan pendedahan ketirisan LCS, Pemuda UMNO desak RCI Kadar pengangguran menurun, paling rendah sejak pandemik #AWANInews #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik?
Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Laporan Khas | Bukit Tabur makin berterabur
Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga termasuk memilih ke taman rekreasi, memanjat bukit atau hiking. Namun, Bukit Tabur yang terletak di Melawati dan dikenali ramai peminat sukan lasak kerana lokasinya di sebalik keindahan Banjaran Quarza Warisan Negara kini didakwa penduduk berlaku aktiviti penebangan hutan.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin
Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kebakaran Hutan | 579 tan air dilepaskan
Pasukan kecemasan Rusia telah meningkatkan usaha memadam kebakaran hutan di Siberia. Antaranya termasuk melepaskan lebih 579 tan air melalui dua pesawat.

Krisis China Taiwan | China terus bercita-cita sekat campur tangan asing
China mahu mengekalkan status quo ke atas status Taiwan dan akan menghalang sebarang campur tangan mana-mana pihak ke atas urusan republik itu. Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu berkata, China juga berkeras mahu mengukuhkan kawalan melalui Selat Taiwan dan mahu memastikan Taiwan tidak mendapat bantuan menerusi negara lain.

Visa tawar perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kad di Malaysia
Visa Inc bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered Bank untuk menawarkan perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kadnya di Malaysia.

Antilompat Parti | Dewan Negara lulus RUU, sokong lebih dua pertiga
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga. Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sewaktu mengumumkan perkara itu berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Abdul Wahid Omar dilantik pengerusi baharu WWF Malaysia
WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.

Ekonomi Malaysia menuju ke arah pemulihan tetapi cabaran tetap ada - Abdul Wahid
Walaupun diperkukuh oleh asas ekonomi yang kukuh dan ekonomi sedang menuju ke arah pemulihan selepas melalui tempoh paling sukar berikutan pandemik, Malaysia perlu jelas mengenai cabaran yang bakal di

Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS - Abdul Wahid
Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS - Abdul Wahid | Dagang News

Ekonomi Malaysia akan pulih lebih baik dengan pendekatan, sikap yang betul - Wahid Omar
Berdasarkan kepada pendekatan perniagaan dan langkah konstruktif kerajaan serta sikap komuniti perniagaan dan rakyat, ekonomi Malaysia dijangka pulih dan membangun semula dengan lebih baik.

Memasuki 51 tahun, UKM perlu pastikan kelangsungan kecemerlangan - Wahid Omar
UKM tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran dan isu-isu baharu yang melingkungi bidang pendidikan tinggi yang tidak pernah terjangka.

Bursa Malaysia umum lantikan pengarah berkepentingan awam baharu
Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Datin Azlina Mahmad sebagai Pengarah Berkepentingan Awam ke Lembaga Pengarahnya bermula 16 Mac.

Prestasi kewangan Bursa Malaysia cemerlang, isytihar dividen keseluruhan 51 sen
Lembaga Pengarah Bursa luluskan dividen akhir 26 sen per saham, dan dividen khas 8 sen per saham.

Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion
Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.

PN sifatkan usaha pemulihan Felda penting bagi kembalikan hak peneroka - PM
PN menyifatkan usaha untuk memulihkan kembali FELDA sebagai langkah penting dalam mengembalikan semula hak lebih dua juta peneroka Felda.

Felda akan ambil tanah dan beli kilang dari FGV
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, rundingan bersama FGV tidak dimulakan lebih awal kerana menanti kelulusan kerajaan.