KOTA BHARU: Kemerduan suara burung merbah jambul atau candik amat mengasyikkan malah ramai sudah mengetahui mengenai pertandingan mencari keunikan suara unggas tersebut di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Bagi peminat burung berkenaan di sekitar ibu negeri ini, mereka mempunyai sebuah 'pusat asuhan' khusus untuk menghantar burung peliharaan masing-masing sebelum menyertai sebarang pertandingan.
Sejak lebih 10 tahun lepas, menjadi rutin harian Mohd Mazlan Ya, 61, berkhidmat sebagai pengasuh kepada ratusan ekor si candik yang dihantar oleh para penggemar burung itu ke kedai burung miliknya di Bazar Tengku Anis, di sini.
"Saya buka kedai sekitar 7.30 pagi dan dalam tempoh itu rakan-rakan akan menghantar burung merbah jambul atau candik milik mereka kepada saya.
"Kebanyakan pemilik ini bekerja di sekitar Kota Bharu, jadi mereka tinggalkan si candik di sini hingga habis waktu bertugas kira-kira 5 hingga 6 petang. Jadi sepanjang tempoh tersebut, saya akan memandikan, membersihkan sangkar, menjemur dan memberi makan kepada burung itu.
"Faktor paling penting yang menjadikan tempat (kedai) saya ini sebagai pilihan utama mereka adalah kerana saya akan mengadu suara burung candik sebab setiap hari ada hampir 30 ekor di kedai ini," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Mohd Mazlan yang mesra dengan panggilan Abe Lan dalam kalangan peminat si candik berkata terdapat dua kategori burung itu yang diasuh di kedainya yang beroperasi dari Sabtu hingga Rabu.
"Kategori pertama, burung 'main' yang sudah biasa menyertai pertandingan dan sedia untuk beradu. Kategori kedua ialah burung reban yang masih baru dan perlu diasuh sebelum menyertai pertandingan.
"Sebab itu saya akan buka kedai bermula Sabtu hingga Rabu kerana burung-burung ini perlu berehat pada Khamis sebelum menyertai pertandingan pada keesokan harinya (Jumaat)," katanya.
Lebih istimewa, Abe Lan langsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada rakan-rakan yang meninggalkan si candik untuk diasuhnya.
"Tak ada sebarang bayaran, semuanya percuma. Mungkin itu faktor saya dan tempat ini dipilih sebagai pusat asuhan si candik.
"Bagaimanapun, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada saya, rakan-rakan akan membeli makanan burung yang dijual di kedai ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan Mohd Arif Mohd Yaacob, 55, berkata burung candik perlu dibiasakan dengan keadaan persekitaran sebelum menyertai pertandingan.
"Di kedai milik Abe Lan ini, ada disediakan tempat khusus untuk menggantung sangkar burung candik. Ada hampir 30 ekor burung dalam satu-satu masa, persekitaran seakan pertandingan akan membiasakan unggas sebelum menyertai pertandingan sebenar.
"Ini penting kerana kita mahu burung biasa dengan persekitaran dan tidak takut dengan kehadiran orang ramai," katanya sambil menambah empat kriteria iaitu galak, gaya, air suara dan hujung suara akan dinilai semasa pertandingan unggas tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Mohd Mazlan (kiri) dan Mohd Arif menunjukkan sebahagian burung candik milik pelanggan ketika ditemui di kedai miliknya di Bazar Tengku Anis, Kota Bharu, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Abe Lan pengasuh si candik
Peminat burung kini mempunyai sebuah 'pusat asuhan' khusus untuk menghantar burung peliharaan masing-masing.