Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan dan meminta bekas Perdana Menteri itu menarik balik kenyataannya dan bertaubat.
"Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah," kata Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan oleh media termasuk Astro AWANI pada 17 April lalu.
Dalam kenyataan bekas Perdana Menteri itu meminta kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula hasratnya mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah hudud dan qisas di negeri itu dengan memberikan penekanan kepada aspek keadilan.
Beliau menyifatkan hudud dan qisas yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan PAS itu lebih memberi penekanan kepada bentuk hukuman dan bukannya keadilan.
Laporan lain berkaitan isu hudud
Dr. Mahathir memberikan contoh kemusykilan hukuman yang berbeza ke atas orang Islam yang mencuri yang dikenakan hukuman potong tangan sedangkan orang bukan Islam yang melakukan kesalahan yang sama hanya dikenakan hukuman penjara.
"Adil atau tidak?" tanya Dr. Mahathir.
Menurut Amidi, kenyataan bekas Perdana Menteri itu boleh menimbulkan kekeliruan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam".
Jelas beliau, beban pembuktikan di bawah peruntukan hudud adalah jauh lebih tinggi berbanding undang-undang jenayah sivil bagi menjadi hak tertuduh dan menjadi amaran serta pendidikan kepada masyarakat.
"Keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya," tambahnya.
ABIM berpendapat kenyataan Dr. Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud.
Badan itu juga berpandangan penentangan terhadap usaha kerajaan negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud dan qisas oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mungkin berpunca daripada kenyataan beliau itu.
Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas.
Rang undang-undang persendirian itu dijangka akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini.
Jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan sebelum itu dijangka akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya sebelum ini berkata pendirian DAP berhubung pelaksanaan hudud tidak berubah dan beliau tidak mahu hasrat kerajaan negeri Kelantan itu dieksploitasi oleh Barisan Nasional.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan parti Islam itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana ia "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu.
Undang-undang jenayah Islam itu juga katanya, telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum pakatan politik tiga parti itu terbentuk.
Astro Awani
Tue Apr 22 2014
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.
Sekat segera ajaran The Ahmadi
Tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutamanya kepada golongan muda.
ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata
Ahmad Fahmi berkata tindakan tegas itu mencerminkan komitmen majoriti warga dunia terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kemanusiaan.
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.
Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu
ABIM mengumumkan perubahan kepimpinan baharu dengan pelantikan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai Presiden untuk sesi 2023-2025.
Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar
Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri.
Perang Palestin-Israel: ABIM kecam kenyataan Zelensky, gesa PBB bertindak
ABIM anggap Zelensky berat sebelah kerana sifatkan penentangan Ukraine sebagai perjuangan rakyat, namun bersikap sebaliknya terhadap Palestin.
Malaysia perlu main peranan kembalikan hak rakyat Palestin - ABIM
Malaysia perlu terus memainkan peranan sebagai negara yang lantang bersuara demi mengembalikan hak rakyat Palestin di mata dunia.