Abu mendiang pengusaha restoran selamat disemadikan

Abu mendiang pengusaha restoran selemat disemadikan
Abu mayat pasangan suami isteri, Loh Yan Hwa dan Fan Shun Po selamat disemadikan di Kuil Kek Lok Si, di Air Itam, Pulau Pinang.
Abu mayat pasangan itu tiba di kuil berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi dan ditempatkan di dewan peringatan kuil bagi membolehkan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua mendiang sebelum disemadikan.
Pasangan pengusaha restoran itu bersama ibu, Yan Hwa iaitu Tan Siew Poh, 85  antara penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17  yang turut  terkorban apabila pesawat  itu  ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Mayat Siew Poh dipercayai masih belum dikenalpasti.
Terdahulu, dua kendi berisi abu mayat pasangan itu dibawa  dengan helikopter EC725  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira jam 10.50 pagi dengan diiringi menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Dr. Wee Ka Siong.
Ketibaan abu mayat itu disambut dengan istiadat ketenteraan sebelum diarak ke Kuil Kek Lok Si untuk disemadikan.
Kira-kira 20 ahli keluarga  yang menunggu ketibaan mendiang dilihat menangis  ketika menyambut abu mayat  itu sejurus diturunkan dari helikopter.
Istiadat penghormatan  itu  turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan barisan exco kerajaan negeri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

