awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu Samah dilantik pemangku Ketua Polis KL

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2023
05:15 MYT
Abu Samah dilantik pemangku Ketua Polis KL
Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Yahaya Othman yang dilantik sebagai Ketua Polis Pahang.
Abu Samah akan memangku jawatan itu sehingga Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu iaitu Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain melapor diri.
Mohd Shuhaily ketika ini merupakan Ketua Polis Pulau Pinang sementara Abu Samah turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa 22 Mei.
Abu Samah juga dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sehingga penggantinya diputuskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDRM kelak.
Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Pada majlis itu juga, berlangsung serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu iaitu ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari dengan SAC Beh Eng Lai yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis KL
#Abu Samah Mohd Noor
#pemangku
#Cawangan Khas KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan