AYER KEROH: Tindakan seorang duda menakut-nakutkan pengguna jalan raya dengan mengacu sepucuk pistol tiruan membawa padah apabila dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Tertuduh Low Zhao Yuan, 29, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun, di tepi jalan berhadapan bangunan Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, kira-kira pukul 12.17 tengah malam pada 28 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati memiliki satu pucuk pistol tiruan jenama Wingun Patent Super Spot 702 cal 6mm yang mengandungi enam butir peluru.
Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman maksimum setahun atau denda tidak melebihi RN5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira tindakan terburu-buru yang diambil oleh tertuduh adalah salah di sisi undang-undang.
Tertuduh yang diwakili peguam James S Thanjong Tuan bagaimanapun merayu hukuman berkenaan diringankan dengan alasan tertuduh hanya bergaji RM2,300 sebulan dengan bekerja di sebuah kedai telefon dan perlu menanggung dua anak serta ibu bapa yang uzur.
Majistret kemudian menetapkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 28 april lalu.
Media sebelum ini melaporkan, seorang mekanik berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol di kepalanya oleh pembuli jalan raya dalam kejadian 28 April lalu.
Insiden dikatakan berlaku berikutan tertuduh yang memandu sebuah kereta tidak puas hati apabila mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya.
Shuhada Abdul Kadir
Mon May 08 2023
Low Zhao Yuan, 29, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Gambar/ Astro AWANI
Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan
Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan perbezaan kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit.
PM Anwar tiba di Mesir untuk lawatan rasmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim Tiba di Kaherah hari ini, untuk lawatan rasmi bagi merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.
[TERKINI] Wisma Putra pantau letupan di Pakistan
Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi insiden letupan bom di stesen keretapi di Quetta, Pakistan, yang berlaku pada Sabtu lalu.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang
Hasil siasatan polis mendapati, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
AWANI Ringkas: Lawatan kerja PM ke Mesir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 November 2024
1️⃣ Lawatan kerja PM ke Mesir
2️⃣ Menjelang PRN Sabah ke-17
3️⃣ Prestasi turun naik Ringgit
1️⃣ Lawatan kerja PM ke Mesir
2️⃣ Menjelang PRN Sabah ke-17
3️⃣ Prestasi turun naik Ringgit
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Dua lelaki ditahan seludup pelbagai kotak barangan runcit bernilai lebih RM100,000
PGA mengesan sindiket itu selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Acu pistol tiruan, pembuli jalan raya dipenjara lapan bulan
Tindakan seorang duda menakut-nakutkan pengguna jalan raya dengan mengacu sepucuk pistol tiruan membawa padah apabila dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Lelaki hampir putus lengan kiri akibat ditetak
Seorang lelaki hampir putus lengan kiri dan cedera di bahagian kepala akibat ditetak oleh pembuli jalanraya.