awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada apa dengan pintu Fiesta?

Astro Publication
Astro Publication
24/09/2014
04:32 MYT
Ada apa dengan pintu Fiesta?
Pejabat Siasatan Kerosakan (Office of Defects Investigation/ODA) pihak NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) di Amerika Syarikat telah memulakan siasatan awal untuk kereta Ford Fiesta. Siasatan ini khusus untuk bahagian pintu model berkenaan setelah menerima 61 laporan pengadu-pengadu berkenaan kereta Ford Fiesta yang dihasilkan dalam tahun 2011 hingga 2013.
Seperti yang dapat kita lihat pada dokumen di bawah (klik untuk imej besar) yang bertajuk ‘Door Latch Failure’ (ataupun Kegagalan Selak Pintu), para pengadu mendakwa bahawa bahawa pintu telah gagal untuk ditutup dengan betul dengan beberapa laporan yang mendakwa bahawa lampu amaran ‘pintu tidak ditutup rapat’ juga menyala.
Daripada laporan-laporan yang diterima, 12 turut mendakwa bahawa pintu kereta terbuka dengan sendiri ketika pemanduan. Satu kecederaan turut dilaporkan, namun jenis dan tahap kecederaan tidak dinyatakan. Ia berlaku kerana seorang pengguna terlanggar pintu yang melantun ketika cubaan untuk menutupnya.
Harus kami tekankan bahawa kesemua kes ini berlaku di Amerika Syarikat. Tiada sebab untuk beranggapan bahawa ia boleh berlaku di sini, memandangkan unit-unit Ford Fiesta yang dijual di sini dipasang di kilang moden Ford di Rayong, Thailand.
Semua Ford Fiesta yang dijual di Amerika dipasang di kilang Cuautitlan, Mexico.
(Dokumen NHTSA berkaitan) Ford-Fiesta-NHTSA.pdf
Topic Berkaitan
# Fiesta
# NHTSA
#Ford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan