awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada barisan hadapan hampir menyerah, rakyat diseru ambil iktibar, bersatu perangi COVID-19

Bernama
Bernama
24/10/2020
03:12 MYT
Ada barisan hadapan hampir menyerah, rakyat diseru ambil iktibar, bersatu perangi COVID-19
NOOR HISHAM: Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memerangi wabak COVID-19 bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.
"Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
Sementara itu, dalam satu lagi posting, Dr Noor Hisham meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan COVID-19 di negara ini.
"Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi COVID-19.
"Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Facebook
#COVID-19
#bertelagah
#melandaikan lengkung penularan
#lengkung
#penularan
#keseimbangan
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PRN Sabah
#petugas barisan hadapan
#keletihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan