Degil dan enggan mendengar nasihat.
Itu antara sikap segelintir penduduk kampung yang terpaksa dihadapi anggota bomba ketika melakukan operasi pemindahan mangsa banjir di sekitar Kampung Padang Kubu, di sini sejak petang Jumaat.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata setakat 9 malam Jumaat, kira-kira 20 keluarga di kampung tersebut, berjaya dipindahkan ke Balai Raya Padang Kubu, namun sepasang suami isteri yang mempunyai seorang bayi masih berdegil.
"Walaupun beberapa kali dipujuk pihak bomba, pasangan berusia dalam lingkungan 30an itu masih tidak mahu berpindah, kerana tidak selesa berada di pusat pemindahan dan mereka mahu tinggal di tingkat atas rumahnya (rumah dua tingkat).
"Tetapi kita risaukan keadaan keselamatan mereka sekeluarga, kerana paras air kini semakin meningkat sejak pukul 4.30 petang dan keadaan hujan yang masih berterusan sejak awal pagi tadi lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Azman berkata pihaknya tidak akan berputus asa (memujuk) meskipun pasangan itu enggan bekerjasama dan akan mengambil tindakan lebih tegas jika air yang kini berada pada paras pinggang terus meningkat.
Katanya ketika operasi pemindahan itu juga, pihaknya juga terpaksa menegur tindakan sesetengah penduduk yang menangkap ikan di kawasan sungai walaupun keadaan ketika itu hujan lebat dan paras air sungai meningkat.
"Sehingga malam ini kita masih memantau keadaan semasa dan bomba juga telah berbincang dengan polis bantuan Tenaga Nasional Berhad di kampung berkenaan untuk memotong bekalan letrik sekiranya dalam keadaan merbahaya.
"Tindakan ini kita ambil kerana risau berlakunya renjatan elektrik akibat limpahan air banjir sehingga boleh membahayakan keselamatan orang ramai. Difahamkan Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kubu turut dinaiki air di bahagian tingkat bawah," katanya.
Azman berkata keadaan terkini di Kampung Air Putih dan Kampung Teladas turut mengalami kenaikan paras air akibat limpahan dari sungai-sungai utama di beberapa kawasan namun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019
Mangsa banjir Muhammad Haikal Idani Razali, 15, (kanan) dan Willie Amir, 39, meredah air banjir yang melanda rumah mereka di Kampung Tembak Baru, Wakaf Tapai. Foto: Bernama
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.