Skip to main content

Malaysia

Ada tokoh agamawan 'palsu' cuba cetus perpecahan - PM

KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.  -- fotoBERNAMA
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia hanya mampu terus membangun sekiranya rakyat berpegang kepada nilai akhlak, sikap saling menghormati serta membawa mesej positif dalam setiap ruang kehidupan. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menolak politik perpecahan dan tidak terheret dengan isu remeh yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Tegas beliau, Malaysia hanya mampu terus membangun sekiranya rakyat berpegang kepada nilai akhlak, sikap saling menghormati serta membawa mesej positif dalam setiap ruang kehidupan.

Advertisement

“Hari-hari dikemukakan adalah masalah titik bengik yang memecahkan di antara kita. Ada orang menggunakan kononnya nama sebagai tokoh Islam, kononnya nama sebagai tokoh Hindu atau tokoh agama lain hanya untuk menimbulkan permasalahan.

“Padahal bayangkan ini negara Malaysia, Islam agama Persekutuan, Islam majoriti, tetapi kita terima hak semua kaum dan semua agama.

"Dan kita setuju, ikrar untuk jamin masa depan bersama dengan mengambil kira semua kaum dan menghormati hak semua agama, baru boleh aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri dan pelancaran inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di ibu negara pada Ahad.

Dianggarkan hampir 10,000 hadirin memeriahkan majlis iftar ini, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk yang bukan Islam, sekali gus meraikan kepelbagaian dalam negara.

Menurut Anwar, program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan ini bakal memperkasa peranan rumah Allah sebagai pusat pembangunan ummah serta medan menyemai nilai ihsan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Program Rakan Muda Ramadan akan dilaksanakan di setiap negeri serta melibatkan 113 daerah di seluruh negara sebagai usaha menyuburkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial sepanjang bulan Ramadan.

Must Watch Video