Terdapat usaha pihak IS untuk merekrut pensyarah di negara ini menjadi anggota kumpulan militan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata kumpulan militan itu kini menjadikan negara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai pusat merekrut pensyarah yang mahir dalam persenjataan dan letupan.
"Mereka (IS) beranggapan yang pergerakan mereka kurang dikesan jika menggunakan pensyarah dari dua negara ini namun, agensi keselamatan negara seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya mengekang aktiviti mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan hari ini yang menyatakan adanya rancangan pembentukan satu kumpulan militan IS Asia Tenggara yang diketuai oleh bekas pensyarah Malaysia Dr Mahmud Ahmad.
Nur Jazlan berkata rancangan pembentukan satu kumpulan IS Asia Tenggara dilihat sebagai satu ancaman besar buat negara.
Justeru itu, katanya perkara berkenaan tidak boleh dipandang ringan dan bpihak berwajib seperti PDRM perlu memantau pergerakan kumpulan militan yang ingin dibentuk itu.
"Idealogi (kumpulan) mereka ini telah dipengaruhi oleh kumpulan pengganas Asia Barat yang lebih ekstrem dan kejam seperti IS. Ini juga merupakan satu ancaman buat negara di Asia Tenggara," katanya.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata pertukaran maklumat yang lebih kerap antara negara jiran amat perlu untuk memantau aktiviti kumpulan militan ini.
"Untuk menangani kumpulan ini, perlu pemantauan di internet memandangkan ini merupakan medium utama komunikasi mereka untuk memberi arahan.
"Selain itu, peralatan yang sesuai juga perlu ada untuk menangani kumpulan ini memandangkan pengganas ini membuat serangan dalam kumpulan kecil dan sukar dikesan," katanya.
Menurut laporan akhbar itu, Mahmud yang juga anggota militan IS akan membentuk kumpulan militan IS lebih besar di Asia Tenggara.
Mahmud kini dilaporkan bersembunyi di selatan Filipina dan merancang melakukan serangan di beberapa negara termasuk Malaysia.
Bernama
Sat Nov 14 2015

NUR JAZLAN: Untuk menangani kumpulan ini, perlu pemantauan di internet memandangkan ini merupakan medium utama komunikasi mereka untuk memberi arahan.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Remaja terpengaruh dengan militan Daish, serang wanita di Kedah
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu berpakaian seperti anggota militan Daish dan menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa di sebuah pasar raya di Sungai Petani semalam.

Kerajaan lantik 24 pakar rujuk deradikalisasi, antikeganasan
Kerajaan melantik 24 pakar rujuk deradikalisasi dan antikeganasan tempatan untuk membantu menangani isu radikalisme dan sikap militan secara holistik di peringkat nasional dan global.

Militan IS terima dana AS$80 juta sebulan
berdasarkan analisis IHS Inc, 50 peratus sumber pendapatan IS adalah daripada aset rampasan dan pungutan cukai di wilayah-wilayah jajahan mereka.

Thailand diberi amaran tentang ancaman IS, empat warga Syria diburu
Walau Rusia memberi amaran ancaman IS, pihak berkuasa Thailand jelaskan empat lelaki berkenaan diburu hanya kerana tinggal di negara itu lebih daripada tempoh visa.

Dua militan terbunuh, polis Perancis giat operasi buru dalang
Dua suspek pengganas yang berkurung dalam sebuah apartmen di bahagian utara Paris terbunuh dalam satu serbuan polis pada Rabu.

Istilah baharu ini membuatkan militan IS mahu potong lidah anda
Istilah 'Daesh' daripada akronim frasa Arab dikatakan mempunyai maksud yang mempersenda dan merendah-rendahkan aspirasi kumpulan itu.

Pemimpin negara, serantau pernah terima ancaman militan IS - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan perkara tersebut melalui laporan yang diterimanya dan perkara itu telahpun sebelum ini dimaklumkan kepada orang ramai.

Ada usaha rekrut pensyarah sebagai anggota IS - Nur Jazlan
Kumpulan militan itu menjadikan negara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai pusat merekrut pensyarah yang mahir dalam persenjataan dan letupan.

Malaysia tidak akan biarkan keganasan berlaku - Ahmad Zahid
Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanterasnya.

Tanggungjawab Jakim turut mencakupi isu global termasuk IS dan Syiah
Jakim berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.