KUALA LUMPUR: Pengalaman melihat pesakit terlantar dan kesukaran warga emas yang kurang upaya untuk keluar mendapatkan vaksin antara yang menyentuh hati sukarelawan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) sepanjang mengerakkan inisiatif vaksinasi rumah ke rumah sejak tiga minggu lalu.
Berikutan kekangan yang terpaksa dihadapi, ada segelintir mereka memilih untuk reda jika tidak berpeluang menerima vaksin.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Pengurus Besar NCSM, Dr M Murallitharan yang berdepan situasi hiba itu pada hari kedua program berkenaan diaktifkan.
Bagaimanapun tegasnya, melalui pelaksanaan vaksinasi rumah ke rumah ia secara langsung telah sedikit sebanyak membantu memastikan golongan berkenaan tidak tercicir.
Inisiatif itu digerakkan melalui ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebagai pelaksana penglibatan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kesihatan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) lantikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
"Pesakit yang kami nak vaksinasi itu adalah seorang bekas pegawai pos yang telah mengalami kecederaan yang teruk dan kini menjadi orang kurang upaya (OKU). Beliau (tinggal) bersama-sama isteri, ayah dan ibunya.
"Apabila kita pergi (ke lokasi berkenaan), kita vaksinasi satu keluarga dan kami lihat mereka betul-betul berterima kasih. Oleh kerana tidak ada keupayaan langsung, bahkan isteri dia kata, 'saya betul-betul dah reda (sekiranya) tak dapat vaksin'.
"Pengalaman kedua pula ini bagi saya sangat sedih... saya memang menangis. Mereka pasangan suami-isteri yang berumur lebih kurang 60 hingga 70-an. Kebetulan anak-anak mereka tidak ada bersama dan mereka keseorangan tinggal di tingkat empat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kedua-dua kaki beliau dipotong kerana kencing manis dan isteri tidak dapat menggerakkan beliau untuk turun dan pergi mendapatkan vaksin," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Katanya, maklumat pesakit terlantar, OKU dan uzur diperolehi daripada data-data Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pendaftaran orang awam melalui google form.
Mengulas lanjut, Dr Murallitharan berkata, program tersebut setakat ini telah berjaya memberikan vaksinasi lebih 5,000 dos.
Susulan keberkesanan pelaksanaan tersebut, beliau menambah program tersebut akan diperluaskan ke beberapa negeri lain dalam tempoh dua minggu akan datang dan ProtectHealth sedang giat bekerjasama dan berbincang dengan KKM untuk merancakkan program tersebut.
Pada masa yang sama, Dr Murallitharan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan dan ProtectHealth kerana memberi peluang kepada mereka untuk membantu negara menerusi program PICK, sekali gus mencapaikan imuniti kelompok secepat mungkin.
"Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menelefon saya secara peribadi serta memberi jaminan bahawa beliau akan memudahkan penyertaan NGO Kesihatan dalam program ini.
"Persatuan kanser umpamanya ada beberapa pasukan di negeri-negeri lain dan kami akan gerakan pasukan tersebut supaya dapat berjalan secara serentak di beberapa negeri dan kami berharap sebelum bulan Oktober boleh menjangkaui seluruh negara.
"Dalam jangka masa dua minggu yang terdekat ini saya difahamkan kami akan bergerak dulu ke negeri-negeri seperti Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan seterusnya ke Johor dan Kedah," katanya lagi.
Setakat ini, NCSM mempunyai kira-kira 1,000 sukarelawan di seluruh negara dan ia dipergiatkan lagi dengan sokongan daripada sukarelawan MyWATCH dan MMA.
Di Selangor sahaja, Dr Murallitharan memaklumkan NCSM telah menggerakkan sukarelawan di empat daerah iaitu di Hulu Langat, Sepang, Petaling serta Kuala Langat termasuk di Banting.
Pada awal Julai lalu, JKM dan KKM menerima 25,000 pendaftaran vaksinasi daripada golongan berkenaan dan NCSM menjangkakan jumlah itu akan meningkat dari masa ke masa.
Untuk rekod, daripada keseluruhan 2,313 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan yang diselaraskan di bawah ProtectHealth adalah sebanyak 1,954 PPV, yang mana ia melibatkan pemberian vaksinasi sehingga 340,000 dos sehari.
ProtectHealth memberikan sumbangan sebanyak 60 peratus daripada jumlah vaksinasi setiap hari.
Sementara itu, Dr Anas berkata setiap PPV memainkan peranan masing-masing dan punyai target populasinya.
"Penyertaan NGO berkaitan kesihatan ini adalah bertumpu kepada golongan yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke PPV disebabkan faktor geografi dan sebagainya.
"Ia termasuk mereka yang duduk di pedalaman, Orang Asli, pesakit yang terlantar di rumah, gelandangan, dan lain-lain," kata beliau.
Setakat semalam, jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 20,533,660 dos.
Daripada jumlah itu sebanyak 13,816,971 (59 peratus) melibatkan pemberian dos pertama, manakala 6,716,689 (28.7 peratus) lagi dos kedua mengikut populasi dewasa.
Jumlah vaksinasi harian juga terus menunjukkan perkembangan positif selepas Malaysia mencatatkan pemberian melebihi 500,000 dos vaksin COVID-19 selama enam hari berturut-turut sejak 26 Julai lalu.
Bermula esok (2 Ogos), PPV secara terus tanpa janji temu atau walk-in akan memulakan operasi di Lembah Klang untuk golongan 40 tahun ke atas atau yang mempunyai komorbiditi.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 01 2021
NCSM mempunyai kira-kira 1,000 sukarelawan di seluruh negara dan ia dipergiatkan lagi dengan sokongan daripada sukarelawan MyWATCH dan MMA - Gambar Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.