GADGETS
Adobe tawar aplikasi Adobe Fresco secara percuma

Bagi yang suka melakar dan mewarna, anda boleh menyemak aplikasi Adobe Fresco dan menggunakannya dalam penghasilan karya. -Amanz
ADOBE sebelum ini telah memperkenalkan Adobe Fresco pada November 2019 yang lepas, memudahkan pengguna melakukan lakaran dan lukisan menggunakannya.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma sejak pengenalannya, tetapi beberapa ciri-ciri dihadkan kepada pelanggan berbayar.
Namun, perkara berkenaan kini berubah apabila Adobe menawarkan Adobe Fresco secara percuma sepenuhnya.
Dengan langkah ini, semua pengguna boleh mengakses kepada ribuan variasi berus dan sebagainya tanpa perlu membayar.Bagi yang suka melakar dan mewarna, anda boleh menyemak aplikasi Adobe Fresco dan menggunakannya dalam penghasilan karya.
Adobe Fresco ditawarkan untuk iPad, iPhone dan Windows sahaja buat masa ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami