awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADP iktiraf kampung terbaik negara - Ismail Sabri

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
11/07/2017
06:23 MYT
ADP iktiraf kampung terbaik negara - Ismail Sabri
ISMAIL: ADP akan mengiktiraf kampung terbaik di negara ini yang memenuhi ciri-ciri penempatan sempurna untuk masyarakatnya. - Gambar fail
Anugerah Desa Perdana (ADP) akan mengiktiraf kampung terbaik di negara ini yang memenuhi ciri-ciri penempatan sempurna untuk masyarakatnya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai penilaian akan dibuat di setiap daerah serta negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, penilaian akan bermula di zon tengah dan Utara serta merangkumi empat jenis kampung.
"Ia akan berterusan, kita akan ke zon Pantai Timur, Selatan serta Sabah dan Sarawak dan kemuncak anugerah akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
"Banyak penilaian yang akan kita buat, mula-mula saringan di setiap daerah dan negeri.
"Ada empat kategori iaitu kampung tradisional, perkampungan Felda, Orang Asli dan rumah panjang di Sarawak," katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KKLW di sini hari ini.
Pada majlis sama, Ismail turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 60 kanak-kanak Syria di bawah jagaan Malaysia Life Line for Syria dan bersekolah di Jasmine Al-Syam, Setiawangsa.
Selain itu seramai 100 anak yatim dari rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur turut menerima duit raya.
Anugerah Desa Perdana membariskan lapan aspek utama iaitu Patriotisme dan Kemasyarakatan, Kepimpinan dan Pentadbiran.
Selain itu ia turut menekankan aspek Pendidikan dan Latihan, Ekonomi dan Keusahawanan, Pemerkasaan Peranan Belia, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Kebersihan, Kesihatan dan Keceriaan serta Pengawasan Infrastruktur Asas
Topic Berkaitan
#desa
#Felda
#Pantai Timur
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan