TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya membenarkan pembinaan semula rumah di tapak kebakaran Kampung Kurnia Jaya, di sini.
Katanya, perkara itu akan dikemukakan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor agar semua penduduk tempatan dapat membina semula kediaman mereka di kawasan tersebut.
“Saya sudah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk membuat tapisan supaya semua warganegara ataupun penduduk asal di kampung itu disenaraikan.
“Tapisan itu dibuat bagi memastikan mereka yang layak sahaja dapat membina semula rumah di tapak kebakaran tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berkata demikian semasa ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran, di sini pada Khamis.
Terdahulu, syarikat Armada Maritime Services Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 yang disalurkan melalui ADUN Apas untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran.
Nizam berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan, tapak berkenaan akan dibahagikan kepada lot-lot supaya pembinaannya nanti tidak terlalu rapat.
“Saya pasti kepimpinan yang ada sekarang adalah kerajaan yang prihatin dan sudah tentu cadangan ini akan dipertimbangkan demi memberi kebaikan kepada semua rakyat.
“Buat masa ini, saya juga sedang berusaha membina kembali tiga jambatan yang musnah supaya memudahkan pergerakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya juga berharap kerajaan akan berusaha membina lebih banyak program perumahan rakyat (PPR) supaya penduduk di daerah ini dapat menikmati penempatan yang selesa.
“Pembinaan PPR dapat membantu rakyat yang masih tidak mempunyai rumah, sekali gus menyifarkan kawasan setinggan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Armada Maritime Services Sdn Bhd, Kapten Damian Chan Hann Yung berkata bantuan yang disalurkan itu adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu mangsa kebakaran.
Katanya, sebelum itu, pihaknya sudah membuat pemantauan berkenaan keperluan mangsa dan mendapati bantuan yang diperlukan berbeza dari semasa ke semasa.
“Bagi memastikan sumbangan diberikan itu bersesuaian dan mengelak pembaziran, kami membuat keputusan untuk memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai melalui pihak ADUN Apas,” katanya.
Astro Awani
Thu Mar 24 2022
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Kapten Damian Chan Hann Yung menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya. - Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ADUN Apas cadang hanya warganegara dibenar bina semula rumah di tapak kebakaran Kampung Kurnia Jaya
Majlis Perbandaran Tawau (MPT) diarah buat tapisan bagi pastikan hanya yang layak sahaja dapat membina semula rumah di tapak kebakaran tersebut.
Pergaduhan tular berpunca salah faham baiki jambatan, 6 sudah ditahan
Perselisihan faham berhubung isu baik pulih jambatan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, semalam.
Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini hari ini.