awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN, bekas ahli parlimen BN sertai PPBM?

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2018
02:34 MYT
ADUN, bekas ahli parlimen BN sertai PPBM?
Perbincangan telah lama diadakan, namun keputusan akhir itu bergantung kepada ADUN itu sendiri.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan mengesahkan terdapat perbincangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional negeri itu yang bakal menyertai PPBM.
Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, perbincangan telah lama diadakan, namun keputusan akhir itu bergantung kepada ADUN itu sendiri.
"Perbincangan dilakukan sejak pemilihan UMNO lagi, dia sudah hilang keyakinan terhadap parti.
"Bagaimanapun kita tengok macam mana sebab beliau banyak mendapat tekanan selepas namanya di ura-urakan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan berkata, pihaknya mengesahkan akan mengadakan majlis kemasukan ahli PPBM esok di Machang.
"Yang masuk ini kebanyakan bekas pemimpin akar umbi seperti ketua cawangan dan sebagainya.
"Sama ada (ADUN BN) sertai di majlis itu atau tidak, itu tidak pasti lagi," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang bekas Ahli Parlimen UMNO Kelantan turut mengesahkan akan menyertai PPBM dalam masa terdekat.
Bagaimanapun katanya, butiran lengkap akan diberitahu selepas perbincangan lengkap diadakan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#Datuk Sazmi Miah
#machang
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan