KOTA BHARU:Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Gua Musang disahkan positif COVID-19 hari ini.
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.
Syahbuddin dalam kenyataannya berkata, beliau bersama isterinya disahkan positif selepas melakukan ujian swab kelmarin.
"Dengan penuh dukacita dan hiba, hari ini saya dan isteri disahkan positif COVID-19 dan kepada semua yang ada berhubung rapat dipohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan dan puan yang terpaksa menjalani swab test dan mungkin terkena jangkitan.
"Gua Musang telah diisytiharkan Zon Merah, berhati-hatilah semua," katanya yang akan menjalani kuarantin di Hospital Kuala Krai petang nanti.
BACA: Rina Harun positif COVID-19
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
Kelmarin, ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusoff bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19.
Dua pemimpin itu dihantar menerima rawatan serta dikuarantin di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dan berada dalam keadaan stabil.
Ab Aziz dan Mohd Azmawi Fikri dalam hantaran di Facebooknya mohon rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang mendoakan mereka selamat.
"Kami memohon doa rakyat supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah.
"Kami juga mohon maaf di atas kekhilafan. Semoga Allah permudahkan segalanya," katanya.
Vivi Sumanti
Mon Jan 11 2021

Syahbuddin dalam kenyataannya berkata, beliau bersama isterinya disahkan positif selepas melakukan ujian swab kelmarin. - Foto Facebook

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin
Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik panggil PATI atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.

Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan perlu 'mengepalai' projek mega kembangkan semula ekonomi negara- Amirudin
Kerajaan perlu mengetuai pemulihan ekosistem negara dan pelaksanaan projek-projek mega dalam sektor yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia.

Facebook tarik semula sekatan terhadap Australia
Facebook bersetuju untuk menarik semula sekatan terhadap rakyat Australia daripada berkongsi atau membaca kandungan berita di platformnya.

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2021 berlangsung dalam norma baharu
Usaha itu sedikit sebanyak diharapkan dapat menceriakan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2021.

Facebook teruskan sokongan kepada agensi berita Malaysia
Syarikat itu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu penerbit membina model perniagaan yang lestari.