awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Mahkota, Johor dirawat di ICU akibat pendarahan dalaman

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
31/07/2024
04:45 MYT
ADUN Mahkota, Johor dirawat di ICU akibat pendarahan dalaman
Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, akibat pendarahan dalaman.
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, akibat pendarahan dalaman.
Ketua Wanita UMNO Pontian, Hasrunizah Hassan, yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital awal tahun ini kerana penyakit yang sama.
Hasrunizah turut dimaklumkan, beberapa hari lalu, Sharifah Azizah dirawat di wad hospital berkenaan akibat penyakit yang sama, tetapi sudah dibenarkan pulang.
"Saya tak tahu keadaan beliau (Sharifah Azizah) sama ada kritikal atau tidak. Tetapi beliau kini dirawat di ICU Hospital Kluang.
"Beberapa hari lalu, kami dimaklumkan beliau sudah dibenarkan keluar wad. Tetapi lewat petang semalam dapat maklumat beliau dimasukkan semula ke hospital selepas muntah.
"Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut sebelum menziarahinya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Rabu.
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor.
Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Sebelum itu, Sharifah Azizah merupakan ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.
Topic Berkaitan
#ADUN Mahkota
#Sharifah Azizah Syed Zain
#Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
#pendarahan dalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan