BUKIT MERTAJAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari parti Pas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kerana mengalami keradangan dalam perut.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang juga ADUN Sungai Dua berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
"Saya dimaklumkan beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap dua hari lepas namun dibawa ke HSJ pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.
"Nor Zamri ketika ini menerima rawatan di ICU dan ditidurkan, saya difahamkan ketika ini masih belum boleh melawat dan mendapatkan maklumat keadaan kesihatan beliau dari ahli keluarganya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Nor Zamri ketika ini menerima rawatan di ICU dan ditidurkan. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.