awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC bantah permohonan peguam Albert Tei untuk cabar dua arahan SPRM

Bernama
Bernama
06/01/2026
09:15 MYT
AGC bantah permohonan peguam Albert Tei untuk cabar dua arahan SPRM
Mahkamah menetapkan 28 Jan ini untuk memutuskan permohonan Albert Tei (gambar) yang difailkan pada 9 Dis lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membantah permohonan peguam Mahajoth Singh untuk mendapatkan kebenaran memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar dua arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan anak guamnya, ahli perniagaan Albert Tei.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah bahawa arahan SPRM terhadap Mahajoth, 31, untuk memeriksa beliau dan memintanya mengemukakan dokumen tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
"Arahan di bawah Seksyen 30(1)(a) and (b) Akta SPRM 2009 merupakan pelaksanaan fungsi dalam proses siasatan jenayah.
"Justeru, ia tidak tertakluk kepada semakan kehakiman," katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke Yee Ching.
Peguam N. Surendran, yang mewakili Mahajoth, pula berkata arahan itu tidak sah serta tidak boleh dikuat kuasa kerana SPRM telah melanggar perlindungan statutori terhadap komunikasi terlindung antara peguam dan anak guamnya di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 serta Seksyen 46(2) Akta SPRM 2009.
Mahkamah menetapkan 28 Jan ini untuk memutuskan permohonan Mahajoth yang difailkan pada 9 Dis lepas.
Antara barangan yang diminta oleh SPRM dalam arahan itu ialah telefon bimbit Tei, dokumen berkaitan pembelian perabot, pakaian, kamera serta salinan perbualan WhatsApp antara Tei dan beberapa individu.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#SPRM
#Albert Tei
#semakan kehakiman
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan