awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC fail rayuan terhadap keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund

Bernama
Bernama
23/06/2022
05:51 MYT
AGC fail rayuan terhadap keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund
Pada 21 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaskan Samirah, 47 dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika ditanya berkata, notis rayuan telah difailkan melalui e-filing semalam.
Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 21 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaskan Samirah, 47 dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.
Dalam penghakimannya, Ab Karim memutuskan keterangan yang menunjukkan bahawa Samirah dan dua remaja adalah orang terakhir bersama si mati, tidak boleh dikatakan menjurus kepada kesalahan membunuh Nazrin.
Hakim juga memutuskan tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa mereka bertiga melakukan kesalahan (pembunuhan).
Samirah, serta dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#kes bunuh
#CEO Cradle Fund
#Nazrin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan