awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Agenda reformasi bukan retorik, sedang berjalan

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
09:38 MYT
Agenda reformasi bukan retorik, sedang berjalan
Tunku Nashrul berkata agenda reformasi kerajaan berjalan dengan konsisten dan sebarang dakwaan bahawa reformasi tidak berlaku adalah tidak berasas sama sekali. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Agenda reformasi kerajaan berjalan dengan konsisten dan sebarang dakwaan bahawa reformasi tidak berlaku adalah tidak berasas sama sekali.

Ringkasan AI
  • Kerajaan menegaskan agenda reformasi dilaksanakan secara konsisten dan berstruktur, bukan sekadar kenyataan, dengan pendekatan terbuka terhadap kritikan bagi penambahbaikan dasar dan tadbir urus.
  • Kedudukan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD 2025 melonjak ke tangga ke-23, peningkatan 11 anak tangga tertinggi sejak 2020disebut sebagai bukti kejayaan Kerangka Ekonomi MADANI dan reformasi menyeluruh.
  • Lebih 1,000 inisiatif di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah digerakkan, termasuk mempercepat perkhidmatan awam dan memperkukuh dasar fiskal, dengan lonjakan 22 anak tangga dalam indeks persepsi birokrasi.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, usaha reformasi yang dilakukan kerajaan bukan hanya sehari dan sekadar dalam kenyataan tetapi di setiap tindakan berstruktur.
Katanya, sejak awal pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan kerajaan akan sentiasa mendengar dan terbuka kepada kritikan membina.
"Malah, pendirian ini diterjemah melalui tindakan selain sebarang teguran dilihat sebagai peluang untuk menambah baik – dan pencapaian hari ini adalah cerminan kepada pendekatan itu.
"Seperti yang telah dibentangkan Perdana Menteri melalui kerangka Ekonomi Madani, teras utama adalah untuk menaikkan siling iaitu memperkukuh kekuatan ekonomi negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus meningkat," katanya
Dalam pada itu, Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD 2025, melonjak 11 anak tangga berbanding tempat ke-34 tahun lalu.
Menurut Tunku Nashrul lagi, ini merupakan prestasi terbaik negara sejak tahun 2020.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri
Katanya, peningkatan ini bukanlah suatu kebetulan, tetapi hasil daripada komitmen berterusan dan pelaksanaan menyeluruh kerajaan menerusi pendekatan whole-of-government dan whole-of-nation.
"Ia membuktikan reformasi ekonomi dan birokrasi membuahkan hasil dan Kerangka Ekonomi Madani terus memastikan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.
Kejayaan ini juga mencerminkan usaha kolektif dalam memperkukuh dasar fiskal, mempermudah urusan perniagaan, serta mempercepat reformasi penyampaian perkhidmatan awam – termasuk lebih 1,000 inisiatif di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).
Sebagai contoh, indeks persepsi birokrasi negara telah melonjak 22 anak tangga – satu isyarat jelas bahawa reformasi sedang menunjukkan hasil yang nyata, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi turut diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Tunku Nashrul
#pejabat perdana menteri
#agenda reformasi
#Indeks Daya Saing Dunia IMD 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami