awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi pengurusan banjir digesa beri makanan segar kepada pengurusan banjir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/10/2015
00:00 MYT
Agensi pengurusan banjir digesa beri makanan segar kepada pengurusan banjir
SHAHIDAN: Pusat pemindahan akan diwujudkan di peringkat komuniti yang mana ia akan dilengkapi dengan aset serta bekalan makanan bagi memastikan bantuan kepada mangsa musibah banjir tiba tepat pada masanya. - Gambar Fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa agensi pengurusan bencana membekalkan makanan segar kepada mangsa banjir selain memberikan kemudahan asas yang mencukupi kepada mereka.
Beliau berkata, pusat pemindahan akan diwujudkan di peringkat komuniti yang mana ia akan dilengkapi dengan aset serta bekalan makanan bagi memastikan bantuan kepada mangsa musibah banjir tiba tepat pada masanya.
"Sebahagian besar daripada aset yang digunakan disimpan di peringkat negeri atau pun peringkat daerah. Tetapi, kini ia akan diwujudkan di kawasan yang sering dilanda banjir terutama di kawasan kampung. Ia termasuk bagi stor makanan.
"Sekarang ini kita mahu sediakan stor makanan di kampung atau sekolah bagi membolehkan mangsa banjir mendapat makanan dan juga tempat perpindahan. Jadi mereka boleh lebih bersedia menghadapi banjir," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti Peringkat negeri Kedah (CDERT) di pejabat daerah Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Anak Bukit.
Pada majlis berkenaan, seramai 17 orang kenamaan termasuk ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima watikah perlantikan pegawai bersekutu kehormat JPAM.
Seramai 300 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut diberi sijil pendaftaran pasukan tindakbalas kecemasan pertahanan awam peringkat komuniti.
Menurut Shahidan, seramai 850, 000 anggota sukarelawan pertahanan awam termasuk 570 perjawatan tetap kini bersiap siaga menghadapi musibah banjir.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#mangsa banjir
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan