MALAYSIA
Agensi swasta dipelawa rancakkan sosioekonomi Temerloh

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin optimis kerjasama pelbagai pihak itu akan menaikkan lagi nama bandar ikan patin itu. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani
Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama daripada kerajaan pusat dan pembabitan pihak swasta untuk bersama-sama membantu pembangunan sosioekonomi di Temerloh, Pahang.
Menerusi pertubuhan Biro Konvensyen dan Pelawat Pahang yang baharu ditubuhkan, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin optimis kerjasama pelbagai pihak itu akan menaikkan lagi nama bandar ikan patin itu.
“Dengan adanya biro ini, kita mengharapkan kerjasama dengan pihak swasta. Kerajaan negeri akan membantu dalam melaksanakan rancangan yang dirangka, kita adalah pemudah cara.
“Contohnya kita nak jadikan Carboot Sale sebagai acara yang terbesar agar semua penduduk tempatan dan seluruh rakyat negara ini datang.

Aktiviti Carboot Sale mahu diangkat kepada peringkat yang lebih besar. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani
Katanya lagi penganjuran acara Tahun Melawat Pahang secara tidak langsung berjaya mewujudkan limpahan aktiviti ekonomi berterusan kepada warga Temerloh.
Shakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang menambah akan merangka pelbagai strategi untuk menjalankan aktiviti luar secara berkala antaranya dengan menjadikan Gunung Senyum sebagai lokasi aktiviti rock climbing (memanjat tebing batu) dan menambah baik pulih trek Litar Paya Pulai untuk aktiviti motocross.

Yang Di Pertua Perbandaran Temerloh, Datuk Azlan Mohd Yaman menyifatkan Temerloh adalah bandar sejahtera dan selamat. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani
“Ini kerana kes jenayah, masalah sosial, pencemaran sangat kuranag di Temerloh. Di sudut positif, orang Temerloh mementingkan kualiti kehidupan berbanding kuantiti kehidupan.
Justeru, beliau berharap agar kerajaan pusat dan negeri dapat bekerjasama agar produktiviti penduduk dan sosioekonomi Temerloh dapat ditingkatkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami