awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agih zakat hampir RM1 juta kepada MAIJ, AWH International Logistic komited bantu rakyat Johor

Fareez Azman
Fareez Azman
16/05/2023
11:02 MYT
Agih zakat hampir RM1 juta kepada MAIJ, AWH International Logistic komited bantu rakyat Johor
Menurut Ketua Pegawai Kewangan AWH International Logistic Sdn Bhd, Rozaiqth Rohaizat, agihan zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu sebagai amalan setiap tahun dalam membantu golongan terpinggir di negeri itu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan logisitik dan marin tempatan, AWH International Logistic Sdn Bhd menyerahkan zakat pendapatan hampir RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada Selasa.
Menurut Ketua Pegawai Kewangannya, Rozaiqth Rohaizat, agihan zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu sebagai amalan setiap tahun dalam membantu golongan terpinggir di negeri itu.
"Matlamat kami selain menyediakan kepakaran dalam khidmat logisitik dan marin adalah memperkasa sumber tenaga kerja di negeri ini sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai destinasi pelabuhan moden di rantau ini.
"Selain itu, kami juga menyediakan ruang bagi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai platform untuk pelajar mendalami industri ini," ujarnya dalam kenyataan media pada Selasa.
Penyerahan zakat diterima wakil Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gaduh dalam satu majlis di Johor hari ini.
Ujarnya, selain zakat perniagaan, pelbagai inisiatif juga diambil dalam membantu masyarakat setempat menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Terbaharu, bantuan kepada mangsa banjir di Sri Medan, Batu Pahat turut disalurkan kepada 50 keluarga dalam menyambut Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#zakat
#maij
#Johor
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan