awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong bantu sekolah agama terkesan banjir di Baling

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/08/2022
03:00 MYT
Agong bantu sekolah agama terkesan banjir di Baling
Sumbangan Seri Paduka Baginda disampaikan melalui Juruiring Tentera Udara yang juga Pengarah Operasi Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara, Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, pada Khamis. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Khairiah, Baling, Kedah yang terkesan banjir pada 4 Julai lalu.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, sumbangan itu disampaikan melalui Juruiring Tentera Udara baginda yang juga Pengarah Operasi Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara, Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, pada Khamis.
"Baginda menzahirkan harapan semoga kurniaan itu dapat membantu mengurangkan beban pelajar-pelajar sekolah tersebut.
"Sumbangan telah disampaikan kepada pengetua sekolah, Abdul Rahman Yahya," menurut Istana Negara hari ini.
Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, ASP Yazid Yahya dan Penolong Pengurus Bantuan Kemanusiaan, Komuniti dan Pembangunan Negara Yayasan TM, Nuraini Ishak.
Sebelum ini, Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara dan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMRovers) juga turut membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di sekolah tersebut dan beberapa kawasan yang terkesan akibat banjir.
BACA: Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
BACA: Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
Terdahulu, Abdul Rahman dilaporkan berkata, sekolah tersebut menganggarkan berdepan kerugian lebih RM1 juta berikutan tragedi banjir dan kepala air yang melanda kawasan itu awal bulan lalu.
Katanya, tragedi berkenaan menyebabkan banyak peralatan sekolah, perabot, bahan bacaan rosak dan musnah, selain dihanyutkan air.
Menurutnya, pihak sekolah tidak sempat menyelamatkan harta benda terbabit kerana lebih mementingkan keselamatan seramai 1,300 pelajar yang dilanda banjir ketika itu.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#sumbangan
#Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Al-Khairiah
#banjir baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan