awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
Trump saman JPMorgan AS$5 bilion, dakwa akaun ditutup kerana tekanan politik
Lebam pada tangan Donald Trump cetus spekulasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan adakan sesi Pra-Kabinet kali kedua dengan Perdana Menteri menerusi sidang video

Bernama
Bernama
22/04/2020
05:30 MYT
Agong berkenan adakan sesi Pra-Kabinet kali kedua dengan Perdana Menteri menerusi sidang video
Mesyuarat ini diadakan berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19. - Instagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet kali kedua bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara.
Istana Negara dalam catatan laman Instagram rasminya menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
"Mesyuarat Pra-Kabinet adalah aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan isu semasa," menurut catatan itu, hari ini.
Secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati untuk mesyuarat Pra-Kabinet.
"Namun YDPA telah berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan dan ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat," menurut catatan itu lagi.
Pada Rabu lepas, Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan sesi sidang video julung kali bersama Perdana Menteri juga dari Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Instagram
#koronavirus
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#video
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan