KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.
Seri Paduka Baginda berlepas dari helipad Istana Bukit Serene, Johor Bahru kira-kira pukul 9.30 pagi menggunakan helikopter Sikorsky milik Baginda, sebelum mendarat di Istana Flintstones.
Dalam tinjauan udara selama hampir 40 minit itu, Sultan Ibrahim meninjau pesisir pantai Mersing, Kem Iskandar, Istana Flintstones dan juga Lighthouse Istana Flintstones.
Sultan Ibrahim bertitah Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara serta kaya dengan keindahan alam.
"Dalam tinjauan udara selama hampir 40 minit ini, saya meninjau persekitaran daerah Mersing termasuk pesisir pantai. Mersing bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan fauna, malah terdapat banyak pulau-pulau yang menjadi tarikan pelancong," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Sementara itu Seri Paduka Baginda turut mengingatkan pemilik resort serta penduduk kampung tentang tanggungjawab dalam menjaga kebersihan pulau-pulau.
"Jangan terkejut jika saya membuat rondaan secara mengejut di kawasan perkampungan serta pulau-pulau persekitaran Mersing," titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meninjau fasiliti bot di Kem Iskandar.
"Saya juga mendapati kolam selam tempur di kem berkenaan masih belum siap sepenuhnya, ia sepatutnya diserahkan kepada 21 GGK (21 Gerup Gerak Khas) pada Disember 2022.
"Malah saya telah dimaklumkan hingga sekarang lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak yang berkenaan," titah Seri Paduka Baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara. - Foto ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.
Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.
Titah Agong bawa episod baharu buat negara, keselamatan politik terpelihara
Titah Sultan Ibrahim menunjukkan Seri Paduka Baginda mahukan kestabilan politik sebagai asas keselamatan negara.
JAKIM perbanyakkan program perkukuh kesatuan, perpaduan
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan usaha untuk menyebar syiar Islam demi menggalakkan kesatuan dan perpaduan rakyat.
Agong perkenan tubuh RCI kaji pengendalian kes Batu Puteh
Penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].
Agong berkenan nikmati santapan minum petang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.