awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM perbanyakkan program perkukuh kesatuan, perpaduan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/02/2024
13:00 MYT
JAKIM perbanyakkan program perkukuh kesatuan, perpaduan
Datuk Mohd Naím Mokhtar berucap pada Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang membawa tema “Meneroka Rahsia Alam Melalui Ayat-Ayat Kauniyyah” yang diadakan Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya pada Isnin. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan usaha untuk menyebar syiar Islam demi menggalakkan kesatuan dan perpaduan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan, ia sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Isnin yang memberi amaran supaya rakyat tidak memainkan isu raja-raja, agama dan kaum di negara ini.
“Saya mengharapkan agar rakyat secara keseluruhannya khusus Ahli Parlimen yang mendengar titah Seri Paduka Baginda akan dapat menjunjung titah berkenaan supaya isu sensitif tesebut tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
“Di peringkat agensi agama di bawah saya, kita akan meneruskan usaha-usaha untuk menyebar luas syiar Islam dan pada masa sama kita menghormati agama yang lain.
“JAKIM dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) contohnya, kita boleh berkolaborasi dengan bangsa dan agama lain sebagai menunjukkan bahawa Islam ini sebagai agama yang rahmah.
“Jadi, kita akan laksanakan titah Baginda itu dengan memperbanyakkan program yang boleh membawa masyarakat ke arah kesatuan dan perpaduan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang membawa tema “Meneroka Rahsia Alam Melalui Ayat-Ayat Kauniyyah” yang diadakan Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya pada Isnin.
Konvensyen yang disasarkan sebagai program secara berkala setiap tahun itu turut membahaskan tentang penciptaan makhluk yang tidak bernyawa bagi memberikan pengajaran tentang tanda-tanda Allah SWT.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
#syiar Islam
#perpaduan
#Mohd Na im Mokhtar
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan