awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

Bernama
Bernama
29/06/2022
07:35 MYT
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut  IPT
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada penerima biasiswa bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), Soon Wan Chi, jurusan Kejuruteraan Kimia, USM di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini.
Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.
Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama penerima biasiswa selepas mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama penerima biasiswa selepas mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom, Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Diikuti, Muhammad Mohamed Amin, 27, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM).
Bagi penerima biasiswa BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Omar Akbar Khan, 27, (Ekonomi, London School of Economic); Toh Liang Su, 25, (Sains Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia); Ain Nur Afifah Azman, 22, (Sains Genetik, UKM); Nursyamimi Ramli, 26, (Sains Perubatan, UKM).
BYDPA diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan merangkumi 187 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#biasiswa
#Al-Sultan Abdullah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan