PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di sini.
KPN dalam kenyataan memaklumkan majlis bertemakan "Perpaduan Melalui Perayaan" itu diadakan sebagai platform warga KPN, jabatan dan agensi berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni bagi meraikan perayaan Aidilfitri.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang selaku tuan rumah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Menurut kenyataan itu, kehadiran Sultan Ibrahim dan pemimpin tertinggi negara ini adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap KPN dalam usahanya memartabatkan agenda perpaduan di negara ini serta kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.
Pada majlis bermula pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang itu, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira satu jam bagi menikmati hidangan selain beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Pelbagai juadah raya dihidangkan antaranya lemang, rendang, lontong, rojak pasembur, putu mayam, roti jala dan aneka kuih-muih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra bersama warga kerja Kementerian Perpaduan pada majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan hari ini. - Foto Bernama
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Agong lawat Parlimen Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat Parlimen Singapura bersempena dengan lawatan negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.