TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada lapan penerima di daerah ini.
Seri Paduka pada titahnya, menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, atas kemurahan hati baginda memberikan peruntukan besar membantu mereka yang memerlukan memiliki kediaman sendiri.
"Projek Ru'RASA merupakan projek yang diusahakan pihak saya dan Presiden UAE. Bagi pihak saya dan kerajaan negeri, terima kasih kepada baginda. Saya cuma menunaikan amanah.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melunaskan sebahagian daripada pembinaannya, iaitu 178 unit Ru'RASA akan dibina di Pahang dan sehingga kini, 92 sudah siap," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mencemar duli melawat empat Ru'RASa di Kampung Ketam, Kuala Sanggang, Kampung Batu dan Kampung Bukit Kelulut, semuanya di daerah Temerloh.
Turut berangkat anakanda Seri Paduka iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Hadir sama Charge D'Affaires kedutaan UAE Aamer Hasan Alteneiji dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan terima kasih kepada kontraktor yang terlibat membina rumah tersebut dan mendoakan mereka dirahmati selalu, atas kesudian membantu golongan yang memerlukan.
Khusus kepada penerima rumah, Seri Paduka menitahkan mereka untuk menjaga rumah dengan baik dan tidak sewenang-wenangnya menjual rumah tersebut.
"Harap penghuni rumah yang dikurniakan ini berterima kasih dan bersyukur. Rumah ini perlu dijaga baik dan diturunkan kepada waris. Kalau tiada waris (boleh) berhubung dengan pejabat daerah," titah Seri Paduka.
Sementara itu, seorang penerima Mohamad Suhaimi Md Yusof, 43, dari Kampung Bukit Kelulut, menyifatkan pengurniaan rumah tiga bilik dengan satu bilik air itu, sebagai rezeki terpijak kepadanya.
Ini kerana, Mohamad Suhaimi yang bekerja di bengkel kereta, telah banyak kali memohon rumah bagi rakyat kurang berkemampuan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), namun semuanya tidak berjaya.
"Sejak dulu, saya dan isteri serta tiga anak menumpang di rumah emak. Alhamdulillah, sekarang sudah ada rumah sendiri yang diterima dengan kurniaan perabot daripada Seri Paduka.
"Rumah ini cukup selesa buat kami... yang penting, anak juga gembira kerana mereka sudah besar dan kini sudah ada ruang peribadi sendiri," kata bapa kepada tiga anak berusia antara 11 dan 19 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Khusus kepada penerima rumah, Seri Paduka menitahkan mereka untuk menjaga rumah dengan baik dan tidak sewenang-wenangnya menjual rumah tersebut. - Gambar Bernama

Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang
Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Aunty guard viral" gementar bakal jejak kaki ke Istana Negara
Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KPT tawar 24,500 tempat pengajian sempena program setahun bersama Kerajaan MADANI
Ia bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula esok hingga 10 Dis ini.

Warga emas didakwa tipu dapatkan gelaran 'Datuk', sembunyi wang RM12,500
Seorang warga emas didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' dan menyembunyikan wang RM12,500.

Rusia tetapkan 17 Mac tarikh pilihan raya, Putin dijangka bertanding semula
Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 17 Mac 2024.

Rayuan pembunuhan DPP: Bukti tidak mencukupi untuk sabit pertuduhan bunuh, kata peguam
Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa tidak cukup bukti untuk menyokong anak guamnya terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

NASA raikan ulang tahun ke-25 Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA pada Rabu meraikan ulang tahun ke-25 permulaan operasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Kerajaan beri lebih tumpuan kepada penyelesaian masalah kemudahan asas di Labuan - PM
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada penyelesaian masalah kemudahan asas untuk rakyat daripada mengutamakan kepada projek pembangunan infrastruktur yang masih boleh ditangguhkan.

Agong sempurnakan pengurniaan Ru'RASA kepada penduduk Rompin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada tujuh penerima di daerah Rompin.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.