awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan terima darjah kebesaran Perlis

Bernama
Bernama
28/10/2019
06:48 MYT
Agong berkenan terima darjah kebesaran Perlis
Sultan Abdullah (kiri) berkenan menerima pingat Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail daripada Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK), di Istana Negara, hari ini.
Pengurniaan darjah kebesaran itu adalah bersempena Ulang Tahun ke-76 Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, pada 12 Oktober lepas.
Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Tuanku Syed Sirajuddin dalam istiadat persembahan kepada Sultan Abdullah, di sini.
Terdahulu, keberangkatan tiba Tuanku Syed Sirajaddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid pada 11.45 pagi disambut Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selepas istiadat berkenaan, Seri Paduka berdua turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama-sama pasangan Diraja Perlis itu.
Pada 12 Oktober lepas, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengisytiharkan penganugerahan itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat negeri yang berlangsung di Istana Arau, Perlis.
Dalam istiadat itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Abu Bakar Katar mendahului senarai 19 penerima, dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk'. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Perlis
#Raja Permaisuri Agong
#Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan