MALAYSIA
Agong dipersembah taklimat lawatan negara ke Rusia Ogos ini

Yang di-Pertuan Agong (tengah) dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia yang dijadual Ogos ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.
Ringkasan AI
- Taklimat Lawatan Negara ke Rusia oleh Yang di-Pertuan Agong: Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat rasmi mengenai lawatan negara ke Rusia yang dijadual berlangsung pada Ogos 2025, bertempat di Istana Negara.
- Taklimat Disampaikan oleh Kementerian Luar Negeri: Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohd Zin mengetuai sesi taklimat selama hampir sejam kepada Seri Paduka Baginda.
- Hadirin dari Malaysia dan Rusia: Turut hadir ialah Duta Rusia ke Malaysia, pegawai kanan Kementerian Luar Negeri serta pegawai istiadat Istana Negara, menunjukkan persiapan diplomatik yang rapi menjelang lawatan tersebut.
Hadir sama ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami