awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong doakan keselamatan mangsa banjir

Bernama
Bernama
29/11/2024
09:32 MYT
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Selain mangsa banjir, Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.

Ringkasan AI
  • Doa dan Perlindungan: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berdoa agar mangsa banjir diberikan perlindungan, ketabahan, dan kesabaran oleh Allah SWT.
  • Arahan kepada NADMA: Baginda mengarahkan NADMA memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan bantuan disampaikan kepada mangsa banjir.
  • Amaran Cuaca: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri, menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat mendadak.

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir.
"Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," demikian doa Seri Paduka Baginda dalam hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan bantuan juga disampaikan kepada mangsa banjir.
Seri Paduka Baginda bertitah orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan arahan pasukan keselamatan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga esok.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#doakan keselamatan mangsa banjir
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#terengganu
#Kelantan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan