awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia 273 pingat kepada Angkatan Tentera Malaysia

Bernama
Bernama
08/10/2019
11:30 MYT
Agong kurnia 273 pingat kepada Angkatan Tentera Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar kenangan bersama tetamu kenamaan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia 2019 di Istana Melawati. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 menyaksikan Ahmad Hasbullah mendahului senarai 273 penerima pingat pada sesi pertama istiadat itu yang berlangsung di Istana Melawati di sini.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (41 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (102 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (116 penerima).
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan darjah PGAT Kehormat kepada dua penerima dari negara asing iaitu Panglima Angkatan Tentera New Zealand Air Marshal Kevin R. Short dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Ponpipaat Benyasri.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#anugerah
#Malaysia
#pingat
#Putrajaya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan