KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Istana Negara di sini sempena Nuzul Al-Quran hari ini.
Mengetuai penerima ialah Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Dr Mohd Daud Bakar selaku Pengerusi MAIWP diikuti Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP.
Pelantikan yang mula berkuatkuasa 10 Feb lepas itu adalah sehingga 9 Feb 2024 mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Antara yang turut menerima watikah pelantikan ialah Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan mewakili Ketua Setiausaha Negara; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun; dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin mewakili Ketua Polis Negara.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah juga menerima watikah pelantikan itu.
Selain itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail pula dilantik sebagai Setiausaha MAIWP, selaras dengan Akta 505.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli-Ahli MAIWP di Istana Negara hari ini. - BERNAMA
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Sita akaun bank BERSATU dibuat ikut peruntukan undang-undang - SPRM
Penyitaan akaun bank milik Parti BERSATU dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
Penjarakan pesalah jika babit mangsa kanak-kanak
Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan arahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.