KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARCC) di Brickendonbury, Hertford, United Kingdom (UK) pada Sabtu.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 9.40 pagi (waktu tempatan) disambut Ketua Pegawai Eksekutif TARRC Dr Lee Jiang Jun dan barisan pengurusan tertinggi serta kakitangan TARRC.
Dalam lawatan selama dua jam itu, Al-Sultan Abdullah menerima persembahan taklimat mengenai program pembangunan dan penyelidikan getah asli yang dijalankan di TARRC.
"Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa meninjau makmal dan lapangan penyelidikan TARRC.
"Sebagai tanda simbolik keberangkatan Baginda ke TARRC hari ini, Seri Paduka berkenan menanam pokok Sweet Gum (Liquidambar styraciflua) di perkarangan TARRC," menurut Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook.
Turut mengiring Seri Paduka ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar.
TARRC merupakan pusat penyelidikan dan penggalakan bagi Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan pada 1938 dengan nama asal Persatuan Penyelidikan Pengeluar Getah Britain.
Lawatan ke TARRC hari ini adalah antara atur cara Lawatan Khas Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke UK selama 10 hari bermula 17 Sept lepas.
Semalam, Seri Paduka berdua telah berkenan berangkat melawat Stesen Janakuasa Battersea di London dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square.
Di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan komuniti rakyat Malaysia di London.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka dijadualkan berangkat ke sesi kedua bersama komuniti rakyat Malaysia di The Shire, London pada jam 11 pagi (waktu tempatan) Ahad.
Dalam lawatan khas berkenaan, Al-Sultan Abdullah turut dijadual berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Seri Paduka pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.
Seri Paduka turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Sir General Nicholas Carter yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan United Kingdom.
Carter juga pernah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.
Usai lawatan khas itu, Seri Paduka berdua berkenan beristirahat di London bermula dari 27 Sept dan dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 23 Okt.
Lawatan khas itu merupakan kali kedua bagi Seri Paduka ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dengan lawatan khas pertama diadakan tujuh hari bermula 9 Dis 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Al-Sultan Abdullah menerima persembahan taklimat mengenai program pembangunan dan penyelidikan getah asli yang dijalankan di TARRC. - Facebook Istana Negara
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.