Ringkasan AI
- Jumlah stesen dengan bacaan IPU Tidak Sihat meningkat kepada 14 setakat jam 6 petang, dengan Johor mencatatkan bacaan tertinggi.
- Stesen Larkin di Johor merekodkan IPU tertinggi iaitu 161, diikuti Batu Pahat, Pasir Gudang dan Kluang dengan bacaan melebihi 150.
- Orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan, terutama di kawasan terjejas dan bagi golongan berisiko.
Jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat meningkat kepada 14 setakat jam 6 petang hari ini, dengan Johor terus mencatatkan bacaan tertinggi negara susulan keadaan jerebu yang berterusan.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Larkin di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 161, diikuti Batu Pahat (159), Pasir Gudang (158) dan Kluang (156).
Turut merekodkan bacaan Tidak Sihat ialah Cheras di Kuala Lumpur dengan bacaan 155, disusuli Nilai di Negeri Sembilan (153), Putrajaya (152), Segamat di Johor (152) dan IPD Serian di Sarawak (152).
Lima lagi stesen yang berada dalam kategori Tidak Sihat ialah Tangkak, Johor dengan bacaan 124, Bukit Rambai, Melaka (120), Johan Setia, Selangor (118), Kuching, Sarawak (107) dan Kota Tinggi, Johor (106).
Sementara itu, sebanyak 52 stesen pengawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap Sederhana.
Antara stesen yang menghampiri kategori Tidak Sihat ialah Alor Gajah, Melaka dengan bacaan 97, Balok Baru, Kuantan di Pahang (96), Bandaraya Melaka (95), Samarahan, Sarawak (95), Pengerang, Johor (94) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (93).
Seremban, Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan 100, iaitu had maksimum bagi kategori Sederhana sebelum memasuki kategori Tidak Sihat.
Bagi kategori Baik, hanya dua stesen pemantauan merekodkan bacaan dalam julat berkenaan iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan IPU 33 dan Balik Pulau, Pulau Pinang (39).
Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan yang mencatatkan bacaan Tidak Sihat, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan yang bersesuaian. Kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan pula digesa mengurangkan pendedahan kepada udara berjerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 6 petang?
A: Sebanyak 14 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat jam 6 petang. - Q: Stesen manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah bacaan tersebut?
A: Stesen Larkin di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 161. - Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU mengikut APIMS?
A: Bacaan IPU 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai di kawasan bacaan IPU Tidak Sihat?
A: Orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan, manakala kanak-kanak, warga emas serta individu bermasalah pernafasan digesa mengurangkan pendedahan kepada udara berjerebu. - Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Sederhana dan Baik?
A: Sebanyak 52 stesen merekodkan bacaan IPU Sederhana, manakala dua stesen merekodkan bacaan IPU Baik.