awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong perkenan pindaan tarikh sidang Dewan Rakyat - Wan Junaidi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/09/2021
09:47 MYT
Agong perkenan pindaan tarikh sidang Dewan Rakyat - Wan Junaidi
Pindaan tarikh berkenaan juga mengambil kira situasi Ahli Jemaah Menteri yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas yang telah dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober 2021 telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu juga selaras dengan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Perubahan tambahan dua hari persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas adalah bagi memberi laluan kepada hal-hal atau usul Kerajaan yang perlu diselesaikan pada hari tambahan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Mesyuarat mempunyai budi bicara bagi melakukan perubahan kepada tarikh mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Wan Junaidi berkata, pindaan tersebut juga perlu mengambil kira barisan Ahli Jemaah Menteri yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah dan memerlukan ruang untuk meneliti sebarang isu berbangkit.
“Selaras dengan konsep “Kabinet Berorientasikan Hasil”, setiap anggota Kabinet perlu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi bagi membantu negara memulihkan ekonomi demi kesejateraan rakyat dan perlu bertindak pantas serta bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan