KUCHING: Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam kenyataannya hari ini berkata, notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini.
Jelas Asfia, dalam notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
"Namun demikian, disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 dan juga penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
“Peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak khususnya berkaitan dengan kuasa-kuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta mengadakan pilihan raya telah digantung dan tidak mempunyai kesan menerusi Seksyen 13 dan 15 Ordinan tersebut,” kata Asfia dalam kenyataan itu.
DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan hari ini berdasarkan mesyuarat pertama pada 7 Jun 2016 yang diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11.
Jelasnya, penggantungan mengenai pembubaran dan pilihan raya negeri akan terus kekal selagi mana pengisytiharan darurat berkuat kuasa.
Bagaimanapun, jelas Asfia kedua-dua itu juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pembubaran DUN bagi sesuatu negeri termasuk Sarawak dan juga tarikh pilihan raya, jika pada pendapat Baginda adalah sesuai bagi DUN tersebut dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam tempoh darurat.
Shafik Ahmad
Sun Jun 06 2021
Jelas Asfia, dalam notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion
Kerajaan Sarawak pada Isnin mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu, dengan nilainya mencecah RM12.3 bilion.
DUN Sarawak Isnin ini bakal lakar sejarah dengan pembentangan dua RUU - Asfia
Dua rang undang-undang berkenaan tidak pernah dibentangkan sebelum ini di mana-mana persidangan DUN di negara ini.
41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu
Jumlah penerbangan mingguan ke Sarawak kini adalah 488, merangkumi 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik.
DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000
Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500.
DUN Sarawak: Projek kredit karbon pertama dimulakan suku pertama 2023 - Abang Jo
Projek karbon hutan terkawal pertama Sarawak akan dimulakan pada suku pertama tahun 2023 untuk menjadi satu sumber pendapatan baharu negeri itu.
DUN Sarawak: Sarawak kenal pasti 11 cadangan tindakan atasi banjir puing di Baleh
Sebanyak 11 cadangan tindakan dikenal pasti bagi menangani isu banjir puing di kawasan Empangan Baleh.